Khamis, 27 Disember 2012

~~Coretan Perkahwinan Eilah & Pojie~~



Pembuka tirai…..

Firman Allah S.W.T.

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.”

Benarlah,kalau hati dah suka,dapat restu kedua-dua belah pihak,tambah lagi dah sampai seru,maka terjadilah PERKAHWINAN..amin….Bertemu juga jodoh adikku (EILAH) dengan pasangannya (POJIE) a.k.a adik iparku (oh no!!!,muda-muda cam ni pon dah ada adik ipaq,KO MAMPU??)…hahaha…btw,,Alhamdulillah sangat depa dua owang nih selamat diijabkabulkan pada 31 hb Ogos 2012 bersamaan Hari Kemerdekaan Negara kita yang keberapa ntah (lupa)..hohoho…Akhirnya selamat menjadi suami isteri yang sah dengan sekali lafaz sahaja bertempat di Masjid Al-Hidayah, Kampung Ulu Tawar. Syukur Ya Allah……

Menanti saat diijabkabulkan....

sesudah diijabkabulkan..Alhamdulillah...=)

Untuk pengetahuan umum ea (macam rancangan DESTINASI CINTA la pulak),,depa nih stat bercintan cintun sejak Form 4 lagi aih,,Sebagai kak dia pon,,aku xtaw..pandai depa dok sorok noh...Besa la,,time nih femes dengan passing no.fon,,so bertemu jodoh la jugak akhirnya..

sebelom pi masjid..pose dulu wess...


Dua minggu selepas diijabkabulkan,maka walimatulurus sebelah pengantin perempuan telah diadakan..Terima Kasih yang tidak terhingga kepada tetamu-tetamu yang hadir.Antaranya adik-adik SMKSAB (pulau payar) dan rakan-rakan serta saudara mara n seluruh owang kampung ceq yang bersama-sama menjayakan walimatulurus nih (p/s : tahun depan ada lagi,,insyaAllah).....hehehe...

Kat bawah nih,,ada la beberapa pic yang sempat aku snap,even agak sibok time tu..zassss...

pose dulu...tettt....

Hadoii,,sempat lagi kakaq2 ipaq tumpang sekaki..hehe..=)



Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan itu merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan.

bergambar dengan mak n ayah..bek restu..semoga berkekalan...Amin.=)

time nih,kenduri sebelah pengantin lelaki...

kami empat adik beradik pompuan....kamcing nih....:p

Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:
“Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan… “


~~semoga berkekalan ya~~..amin....

bergambar bersama famili terchenta..lebiu uolsss..=)

bersama sepupu n sepapat..hihihi....



Dengan memberikan sedikit perhatian kepada kejadian alam ini,  pasti kita mengerti mengapa manusia dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkat,ikeindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita........

                          Pengantin diarak ( Kompang dipalu,,pengantin baru,,duduk  
                                                      bersanding,,tersipu malu )


Aku pon tak ketinggalan.hehe (bersama2 ngan anak-anak buahku yang gila2 cikit ni tapi satu kepala)..

Kami BESTFRIEND ever n never BE APART...

Inilah sebahagian DARIPADA keluarga besarku...=)

Allah S.WT. berfirman:
“Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. “
~~ Semoga perkahwinan adikku ini serta pasangannya berkekalan hingga ke akhir hayaT~~..AMIN...
P/S : Bila la turn kakak dia pulak (Merenung nasib di tepi jendela).hehehehehe...^____^
::::: THE END OF THE STORY::::
#### HEPI ENDING ####
##Leah Lavend !!!

                                                            

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...